This website is currently under construction.
More information will be available very soon.

Temu Duga LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Alhamdulillah, saya telah di jemput untuk menduduki ke sesi Temu Duga bagi Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 April 2017 di SPA Putrajaya jam 9.00 pagi.

2. Surat Jemputan (hardcopy) tidak lagi di hantar ke alamat berdaftar anda, sebaliknya anda perlulah mencetak surat tersebut di email berdaftar (Gambar 1) atau mencetak Semakan Penjadualan Temuduga di Portal SPA sebagai bukti untuk menghadiri ke sesi Temuduga.

Gambar 1

3. Imbas kembali pada tahun 2013, saya telah menghadiri ke sesi Temuduga buat kali pertama. Malah, rezeki tidak memihak kepada saya. Ketika itu, saya ditawarkan 2 Latihan iaitu (LATIHAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN) dikenali sebagai Inspektor Kesihatan (IK) dan (LATIHAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN) dikenali sebagai Medical Assistant (MA).

4. Oleh demikian, saya memilih IK sebagai pilihan pertama saya. Berikut adalah soalan-soalan yang telah di tanya oleh dua Pegawai ketika saya menduduki ke sesi Temuduga.
  • Adab temuduga, mestilah bermula dengan Salam, cerita mengenai Diri, Keluarga, Akademik dan Status semasa sama anda sedang Belajar atau Bekerja.
  • Siapa nama menteri kesihatan, beliau parti apa dan kawasan parlimen?
  • Nama Ketua Pengarah Kesihatan?
  • Jenis-jenis klinik (Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Klinik Desa, Klinik Bergerak dll), fungsinya dan pegawai apa yang berada di situ?
  • Perbezaan hospital dan klinik?
  • Kenapa klinik terlalu banyak berbanding hospital?
  • Apa slogan KKM?
  • Isu semasa mengenai kesihatan -  penyakit berjangkit, symptoms dll
  • Pilih jawatan yang anda minat dan kenapa? (saya pilih IK dan pilihan kedua MA) 
  • Tugas jawatan yang di pilih dan pakaiannya. 
  • Selain kementerian, agensi apa yang turut bersama bekerjasama menjalankan tugas bagi memeriksa di restaurant? 
  • Sekiranya anda berjaya, dimanakah tempat pengajian anda? 
  • Apa kelebihan anda dan kenapa kementerian perlu pilih anda? 
  • Ketika menjalankan tugas memeriksa kualiti dan keselamatan makanan di restaurant. Anda seorang yang berbadan kecil dan keseorangan, bagaimana anda menjalankan tugas sebagai IK sekiranya terpaksa menghadapi pemilik restaurant yang berbadan besar dan ganas? Apa tindakan yang perlu anda lakukan? 
5. Untuk kemasukan Julai 2017, saya telah ditawarkan 8 jenis Latihan bertaraf diploma (Gambar 1). Akan tetapi jawatan pilihan saya adalah IK, kedua MA, ketiga Jururawat, keempat Farmasi dan terakhir Fisioterapi.

6.  Pada 18 April 2017, Selasa. Saya telah bersedia untuk menghadiri ke sesi Temuduga buat kali ke dua bersama SPA. Ketika itu tiba di Kompleks C, SPA 8.30 pagi, dan saya telah selesai berdaftar di Kaunter Pendaftaran (Gambar 2). **Sila bawa sijil asal di dalam satu file, salinan yang telah di sahkan (bercop) dan borang tambahan yang telah di minta. (Rujuk maklumat pada email). Resume tertakluk pada Pusat Temuduga, di SPA Putrajaya tidak perlu sediakan resume.



Gambar 2

7. Nombor giliran saya telah di panggil untuk ke sesi temuduga awal 20 minit pada waktu yang dijadualkan. Berikut adalah soalan-soalan ketika saya bersama dua Pegawai Temuduga.
  • Sesi pengenalan, Diri, Keluarga, Akademik dan Kerjaya terkini (bekerja).
  • Pilih jawatan pertama dan kenapa? (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran)
  • Skop jawatan tersebut
  • Jenis penyakit melalui air dan symptoms.
  • Isu tembakau di Malaysia
  • Tempat larangan tembakau
 8. Alhamdulillah sepanjang sesi temuduga, urusan saya dipermudahkan. Saya telah berusaha dan merancang setakat yang saya mampu. Selebihnya Allah yang menentukan yang mana terbaik buat saya. Kini, berbakikan sebulan lagi, saya dan calon yang lain sedang menunggu Keputusan Temuduga. Selamat Berjaya!

Ujian Psikometrik LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Alhamdulillah, keputusan Peperiksaan telah diumumkan dan saya Lulus! (Gambar 1). Akan tetapi, calon yang berjaya perlulah menjawab terlebih dahulu Ujian Psikometrik sebelum hadir ke sesi Temu Duga.


Gambar 1
2. Ujian Psikometrik mengandungi aspek Personaliti. Oleh itu, calon hendaklah menjawab secara jujur agar penilai dapat menilai ciri-ciri keperibadian yang terbaik untuk jawatan anda.

3. Waktu menjawab Ujian Psikometrik adalah tidak terhad, dan anda dicadangkan untuk menjawab dalam 20-30 minit. Jumlah soalan adalah sebanyak 102 soalan. Rujuk contoh soalan pada (Gambar 2 - 3)

 
Gambar 2

 
Gambar 3


4. Dan, setelah habis menjawab ke semua soalan. Maka tekanlah button "Selesai" dan tunggulah Fasa seterusnya. Iaitu sesi Temu Duga yang dinantikan semua Calon. Alhamdulillah.